Kenapa anda perlukan link affiliate cantik?

Anda sebagai seorang affiliate markerter yang lama dah tentu tahu perkara ni:

  • Link affiliate anda boleh kena hijack. Komisyen anda hilang begitu saja.
  • Link affiliate anda boleh kena potong. Lagi sekali, komisyen anda hilang begitu saja.
  • Anda guna URL Shorterner, boleh jatuhkan kredibiliti anda. Lagi pun anda tak tahu sampai bila servis percuma ni boleh bertahan.
  • Semua servis URL Shorterner dah pakat-pakat blacklist link Clickbank. Jadi anda kena cari servis lain.
  • Begitu juga WordPress.com, mereka dah blacklist link Clickbank dan banyak lagi link affiliate dari network lain.

Berikut ialah 5 perkara yang anda TIDAK PERLUKAN untuk dapatkan link affiliate cantik:

01) Plug-in WordPress
Sama ada plug-in free atau yang kena beli, anda tidak perlu apa-apa plug-in pun.

Ini bermakna anda boleh gunanya pada blog WordPress.com, blogspot, website HTML, facebook, twitter, malah pada list emel anda, atau apa saja platform yang anda guna.

02) Web Hosting
Disebabkan anda tak guna apa-apa plug-in, anda tidak perlu menyewa servis web hosting untuk blog WordPress anda (kalau anda nak guna WordPress).

Tapi anda perlukan nama domain yang baru, atau nama domain spare yang bukan anda guna untuk blog anda, atau sebarang benda lain.

03) URL Forwarding
Anda tak perlu beli sampai 10 nama domain untuk buat URL forwarding. Cukup dengan satu saja.

Dengan satu nama domain tu anda boleh forward ke 10, 100 atau 1000 produk affiliate yang anda promote.

04) Web Site
Anda tak perlu ada website atau blog.

Dah cerita kat atas tadi, anda boleh gunakan facebook atau twitter saja tanpa perlu bersusah payah nak tulis blog.

Buat Duit Guna Fanpage Facebook

05) Tulis Skrip
Anda tak perlu tahu macam mana nak tulis skrip htaccess ker, php ker, html ker, dan entah apa-apa skrip lagi.

Malah, kalau anda tak tahu apa itu htaccess, php dan html, pun tak apa. Tak payah nak pening kepala cari apa makna tu semua, sebab anda tak perlu tahu!

Satu Software Affiliate Marketing Saja Diperlukan

Ini saja satu-satunya software affiliate marketing yang anda perlukan untuk berjaya sebagai seorang affiliate markerter.

Buka akaun anda di sini untuk dapatkan servis link affiliate cantik anda. Ia sungguh mudah anda tak perlu tahu sebarang pengetahuan teknikal pun!

Dan, ini bukan software download, ianya adalah web-based, Jadi, anda boleh terus guna sebaik saja anda join.

Sorok Link Affiliate Hodoh Dengan Link Cantik

Link cantik atau pretty link, namanya begitu sebab anda boleh guna brand anda sendiri, nama domain anda sendiri.

Memanglah bila anda join servis link cantik di atas, anda akan diberi link (percuma) anda sendiri. Dengan link yang diberikan tu pun dah cukup untuk sorok link affiliate anda, sepenuhnya.

Tapi ada diselitkan nama company berkenaan. Ini bermakna anda promote nama company tu. Lagi baik anda promote brand anda sendiri. Cantik begitu kan!

Buatkan Link Affiliate Cantik Anda Viral

Untuk anda yang guna facebook dan twitter, anda boleh guna link cantik anda untuk buatkannya viral.

Link cantik anda ada disertakan dengan bar viral. Tapi anda kena setkannya dulu. Apa yang anda perlu buat cuma Like dan Tweet link anda sendiri.

Kalau anda ada 200 kawan kat facebook, maknanya anda dah promote produk affiliate pada 200 kawan anda, itu tak masuk kawan anda punya kawan, dan kawan anda punya kawan punya kawan lagi!

Tip: Untuk dapatkan kupon diskaun $20, anda kena download ebook percuma Death of an Affiliate dulu. Tapi yang ni limited offer. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat kempunanlah!

Affiliate Marketing ialah bisnes Internet yang paling mudah untuk anda mulakan jika anda baru nak berjinak-jinak dengan dunia Internet ni. Kenapa?

Sebab anda tak perlu ada produk, tak perlu risau tentang cara pembayaran, tak perlu risau pasal pos, tak perlu risau tentang customer service, dan tak perlu risau pun macam mana nak buat webstore atau shopping cart.

Apa yang anda perlu buat cuma dapatkan trafik ke website merchant anda; macam anda tengok di shopping complex ada orang tunggu kat depan pintu suruh anda masuk, itulah tugas anda. Segala urusan jual beli, bayaran, dan pos akan dilakukan oleh merchant anda. Cukup bulan, anda terima komisyen. Senangkan?

Yer lah tu…

Join Saja Network Affiliate Boleh Terus Buat Komisyen

Tolong jangan percaya sub-headline di atas… Sebenarnya affiliate marketing juga bisnes Internet yang paling susah! Hai, tadi kata senang?

Memanglah ia senang nak mula. Anda join saja affiliate network macam Clickbank atau Paydotcom, atau CJ atau Clixgalore, atau Plimus, dan banyak lagi (network affiliate Malaysia pun ada), ada beribu-ribu produk; yang kebanyakkannya digital, fizikal pun boleh tahan banyak, dah tersedia untuk anda promote.

Anda boleh tulis review di website atau blog anda, atau buat iklan PPC kat G**gle (eh, ada lagi ker orang guna G**gle AdW***S ni? Ketinggalannya!). Atau anda tak perlu website atau blog, guna saja akaun Facebook atau Twitter anda untuk buat promosi.

Ok, tu bab senang. Bab yang paling peritnya ialah anda kena bersaing dengan ratusan ribu lagi affiliate yang promote produk yang sama. Anda boleh jawab, promotelah produk yang kurang popular, kurang persaingan. Kalau anda nak tahu, ada sebab kenapa produk tu tak popular, sebabnya, memang ia tak laku. Tak ada siapa heran pun!

Macam Mana Nak Berjaya Sebagai Seorang Affiliate

Tapi, untuk berjaya; mungkin tak kaya sangatlah, orang kata kalau nak kaya, jual produk anda sendiri, bukanlah mustahil. Anda perlu timba ilmu dulu. Bila dah penuh ilmu di dada barulah anda rasa yakin nak cari duit buat affiliate marketing ni.

Janganlah anda tak ada ilmu, terus saja nak terjun. Lepas tu terkial-kial di kemudian hari, kenapa dah berpuluh-puluh produk yang anda promote, sampai dah kering air mata, peluh, dan duit… anda masih gagal nak dapatkan walau satu sale pun! Anda pun give-up. Jangan cepat give-up. Nak bina bisnes Internet ni ambil masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya. Anda tak akan kaya sekelip mata!

Kalau anda masih baru dalam bidang affiliate marketing ni, bagus, anda boleh start fresh, tanpa perlu tercari-cari apa yang patut dibuat. Untuk anda yang dah lama dalam bidang ni pula, tapi masih tak ke mana, buka minda anda. Bacalah dua ebook ni. Jangan takut, dua-dua percuma!

1) The Affiliate Masters Course

Ia ditulis oleh Ken Evoy, M.D. Beliau sebenarnya ialah seorang doktor, yang kini merupakan salah seorang pakar Internet terkemuka di dunia.

Walaupun buku ni ditulis sebelum zaman Facebook (popular) lagi, tapi ia dah dikemaskini dengan info terkini. Dijamin tak ada info basi dalam ebook ni.

Baik hati dia dia nak bagi ebook ni percuma, anda boleh download ebook The Affiliate Masters Course di sini.

2) Death of an Affiliate

Ia ditulis oleh pakar Internet tempatan. Ya, dia orang Malaysia. Anda boleh teka? Bukan, bukan IK, tapi GK.

Dia menggariskan ada seven sins of affiliate marketing. Oops, orang putih pulak! “Sin” tu dalam kamus maknanya dosa, tapi dalam ebook ni maksudnya silap besar. Ya, dia menggariskan ada tujuh kesilapan besar yang orang buat dalam affiliate marketing.

Tujuh perkara yang anda kena elakkan sama sekali, kalau nak berjaya dalam bidang bisnes Internet ni.

Anda boleh download ebook Death of an Affiliate di sini. Tapi anda kena bagi email. Biasalah orang Malaysia, takkan sewenang-wenangnya nak bagi benda percuma tanpa minta email anda. Yang Ken Evoy tu tak minta email, boleh terus download jer.

Dalam ebooklet percuma “Why People Fail”, Ken Evoy, M.D, menggariskan terdapat 14 kumpulan orang yang gagal!

Terdapat 14 ciri pembunuh-kejayaan yang terdapat pada semua insan; ok mungkin bukan semua, akan tetapi mereka langsung tidak menyedarinya. Ciri-ciri yang membuatkan orang begitu sukar untuk mencapai apa sahaja kejayaan dalam hidup ni, bukan setakat bisnes Internet jer.

Adakah anda termasuk dalam 14 kumpulan tu? Bacalah sendiri, anda akan tahu…

eBooklet Why People Fail ialah dalam bentuk PDF, dan anda boleh baca secara online.

Anda masih tercari-cari nak jual apa kat webstore anda? Apa kata jual case iPhone dan aksesori iPhone.

Anda lihat di mana-mana semua orang ada iPhone 4 atau berangan nak satu. Begitu juga dengan iPad 2, dan tak lama lagi iPhone 5 pula! Jadi case iPhone dan case iPad sepastinya produk tengah hangat sekarang ni.

iPhone 4S Case

Cari Duit Bisnes Aksesori iPhone

Tapi mana nak dapat case iPhone yang murah giler? Anda boleh layari swbox untuk macam-macam design case iPhone dan aksesori yang lain, malah bukan setakat tu jer, case dan aksesori untuk iPad, iPod dan BlackBerry pun ada!

swbox sebenarnya ialah company dropship yang letaknya di China, jadi semua item akan dihantar daripada Shenzhen, melalui Hong Kong. Ianya didaftarkan di Malaysia, Hong Kong and China, dan yang bangganya ia adalah milik ahli perniagaan Malaysia!

Untuk urusan komunikasi dengan company tu anda tak ada masalah untuk guna Bahasa Melayu. Nak guna local bank transfer untuk urusan jual beli pun boleh, kalau anda tak reti nak guna PayPal…

Nak sign-up kat swbox cukup senang, percuma, free of charge. Ianya sepantas masak maggi, mungkin tak sampai pun 3 minit kalau anda taip laju! Ia cuma minta nama penuh anda, emel dan password, tak banyak tanya.

Bisnes Dropship Dari Rumah

Dropship tu apa? Secara ringkasnya:

  • anda join company yang offer servis dropship
  • lepas tu buat promote kat ebay ker, facebook ker, blogshop ker, emel ker, tapi kalau nak serius, buka webstore
  • bila dah ada orang nak beli item tu, anda buat order kat company
  • lepas tu company akan terus hantar ke pembeli tadi
  • company dropship tak akan beritahu yang item tu datangnya daripada mereka, rahsia anda selamat
  • keuntungan anda ialah harga yang anda offer kepada pembeli tadi, tolak harga company
  • itu sahaja.

Kenapa bisnes dropship?

  • stok dah ada, boleh terus start jer buat bisnes Internet
  • tak payah pening kepala cari tempat kat mana nak simpan stok
  • modal kosong, sebab sistem dropship, anda tak beli produk dulu, kemudian jual
  • sebaliknya, anda terima duit dulu daripada pembeli berminat, baru buat order.

Case iPhone Harga Borong

iPad 2 Leather Briefcase

Berbalik kepada case iPhone kat swbox tadi… yang bestnya kat swbox anda boleh beli aksesori dan case iPhone, iPad, iPod dan BlackBerry dengan harga borong. Gajet untuk komputer pun ada.

Anda akan dapat harga murah giler walau pun anda hanya beli satu item!

Mana nak dapat tu. Kalau anda jumpa kat website lain untuk harga borong, sah-sah mereka suruh anda beli stok dalam kuantiti yang banyak. Anda nak mula buat bisnes dropship kecil-kecilan dulu, tak payahlah nak keluar modal banyak, kan?

Mula kecil dulu, test market dulu, bila dah pasti jual case iPhone dan case iPad ialah bisnes Internet pilihan anda, barulah kembangkan bisnes, betul tak?

Anda sudah tentu mahu buat duit dengan hanya main online game! Siapa yang tidak mahu.

Anda cuma main online game sepanjang hari; di rumah anda sendiri atau di cyber cafe, kemudian company game tu sendiri yang akan bayar duit kepada anda; duit betul bukan duit virtual.

Yer ker…

Bunyinya memang sungguh menarik, tapi tidak semudah itu, ada harga yang anda kena bayar.

Buat Bisnes Virtual Dalam Online Game

Untuk sign-up game ni, Anno1777, sememangnya free, percuma. gratis, tak payah bayar apa-apa.

Akan tetapi, company game tu lebih suka kalau anda buka bisnes dalam game tu. Bila anda mahu buka bisnes, anda perlu keluar modal; duit betul, dan ya, itulah caranya company game tu buat duit. Memandangkan anda juga boleh buat duit dengan bisnes virtual anda tu, ini ialah situasi menang-menang. Company game dapat duit, anda juga boleh buat duit.

Nak buka bisnes apa?

  • buat rumah
  • buat pakaian
  • buat makanan
  • buat senjata
  • buat pengangkutan
  • tulis majalah; kalau anda suka menulis
  • buka bank; kalau anda suka nak simpan duit orang
  • buat wain; bisnes yang paling menguntungkan
  • dan ada lagi bisnes lain.

Buat Kerja Virtual Dapat Upah Betul

Macam mana kalau anda tak ada modal nak buka bisnes?

Bisnes virtual dalam online game tu tidak beroperasi dengan sendirinya. Kalau ada bisnes, ada bos, mestilah kena ada pekerjanya. Kalau tidak ada pekerja tidak ada produksi, maknanya pemilik bisnes tidak ada pulangan. Jadi mereka perlukan anda.

Ini sebenarnya cara yang paling mudah untuk anda buat duit main online game ni. Anda cuma perlu kerja, kerja dan kerja. Nak buat kerja memang senang, yang susahnya nak dapat upah penuh. Upah dibayar dalam peratusan tertentu saja bergantung kepada keadaan anda dalam game tu; kalau anda sihat, produktiviti anda tinggi, tinggilah upahnya, kalau rendah, rendahlah upahnya.

Seperti dalam dunia sebenar; anda perlukan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya, begitu juga dalam game ni. Mana nak dapat semua tu? Dengan membeli daripada bisnes di atas. Jadi, anda seorang pekerja, dan juga pembeli.

Begitulah bagaimana game ni berfungsi. Anda dapat upah kerja, tak boleh nak terus keluar ke akaun anda, sebab anda kena beli barang keperluan anda dalam game ni dulu. Lama jugalah anda kena kerja sebelum balance duit anda jadi banyak.

Ulang lagi sekali, bunyinya memang menarik main online game dapat duit, tapi tidak semudah itu. Tapi mana tahu, anda mungkin berjaya dalam dunia virtual, dan anda boleh gunakan pengalaman tu untuk dunia sebenar.

Oh ya, nak main online game Anno1777 ni bukan untuk budak-budak, 18 tahun ke atas sahaja!

Cari Duit Kerja Di Rumah

Posted: Februari 3, 2012 in Kerja Internet
Label:,

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ni, siapa yang tidak mahu cari duit dengan hanya kerja di rumah!

Ini sebenarnya impian semua orang. Kita semua mahu:

  • lebih masa untuk diri sendiri
  • lebih masa untuk keluarga
  • lebih masa untuk anak
  • lebih masa untuk suami
  • lebih masa untuk isteri
  • lebih masa untuk tidur
  • lebih masa untuk rehat
  • lebih masa untuk melancong
  • lebih masa untuk segala-galanya.

Lebih Masa Untuk Cari Duit

Anda suka buang masa dalam trafik, anda ada sebab anda sendiri, sebabnya anda memang seorang yang suka buang masa!

Anda terpaksa bangun awal pagi, takut tak sempat sampai ofis; sebab trafik jam. Anda balik lewat petang, mungkin malam; sebab trafik jam. Itu semua buang masa, dan masa adalah duit.

Itu kalau anda jadi kuli bos!

Bila anda kerja di rumah, anda adalah bos anda sendiri. Anda tentukan bila anda mahu bekerja, bila anda mahu berehat, dan bila anda mahu bercuti. Banyak mana anda nak cari duit; secupak atau bertimbun, semuanya terpulang kepada anda sendiri.

Kerja di Rumah Guna Akses Internet

Anda tidak sedar, sebenarnya ada banyak peluang untuk kerja di rumah melalui akses Internet. Keywordnya kat sini ialah kerja, bukan bisnes. Ada bezanya antara kerja dan bisnes di rumah. Kerja maknanya ada orang yang bayar upah anda. Bisnes anda kena keluar modal kemudian jual.

Antara peluang kerja di rumah yang anda boleh dapat dari Internet ialah:

  • Data Entry; ini yang paling popular kerana ia mudah
  • Content Writer; untuk website
  • Blog Writer; ada company yang nak ada blog tapi tak reti menulis, maka anda diperlukan
  • Forum Poster
  • Logo Designer
  • Web Designer
  • Translator
  • Transcriber
  • Script Writer
  • Graphic Designer
  • T-Shirt Designer
  • dan banyak lagi kerja di rumah yang anda sangka hanya boleh dibuat di ofis.

Orang Kerja di Rumah Diperlukan

Kenapa ada company yang nak menggaji orang kerja di rumah, kan senang kerja kat ofis? Itu soalan anda…

Sebabnya, ketika ekonomi meleset; anda tahukan ekonomi US dan Eropah tengah tak bagus sekarang ni, banyak company yang buat outsourcing untuk jimat kos; dari segi bil, peralatan seperti telefon dan komputer, mahu pun dari segi upah; selalunya orang yang kerja di rumah tidak minta upah tinggi, sebab mereka tak perlu duit minyak.

Jadi mereka perlukan orang yang kerja di rumah, yang mampu selesaikan tugasan tanpa pengawasan daripada company. Dalam dunia tanpa sempadan ni, mereka tidak kisah anda tinggal di mana pun, yang penting anda ada komputer, akses Internet, skil dan kemahiran dan kesungguhan, dan yang paling penting fluent English.

Kebanyakan company yang suka buat outsourcing adalah dari US, maka English anda kena power sebab anda kena bersaing dengan pemohon kerja dari seluruh dunia. Ya, anda kena memohon, kerja di rumah tak datang bergolek begitu saja!

Kerja untuk company US, hmmm… bukankah itu bagus untuk resume anda?

Kerja di Rumah Untuk Wanita